23 May 2012

Qasidah "Ya Hanana" (Betapa Beruntungnya Kami)





ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا

ya hana na



خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا

ya hana na



مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ

ya hana na



اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا

ya hana na



صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

ya hana na



 Terjemahan Qasidah Ya Hanana

” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami







Jangan lupa,
saksikan Majlis Ta'lim Darul Murtadza,
Setiap Jumaat, 9.30 malam di
darulmurtadza.com

....

Jemputan ke Kuliah Magrib Surau Al Mustaqim ; "Kemuliaan Rejab"


Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya kami menjemput semua untuk menghadiri Kuliah Magrib yang bertajuk " Kemuliaan Rejab". Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 24 Mei 2012 (Khamis)
Masa: Selepas Magrib
Tempat: Surau Al-Mustaqim, AU5C Lembah Keramat KLGPS: 3.203671,101.756125

Semua dijemput hadir majlis ilmu yang penuh barakah.















...

22 May 2012

Jemputan ke Majlis Al Kubra Li Burdatil Busairi (Qasidah Burdah) di Madrasah Hayatul Islam, Ulu Tiram, Johor



Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya kami menjemput semua ke Majlis Al Kubra Li Burdatil Busaii & Maulid Adhiya' Ullami' bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Maklumat lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 27 Mei 2012 (Ahad)
Masa: Bermula 5.30pm
Tempat: Madrasah Hayatul Islam, Ladang Uliu Tiram, Johor Bharu.
Koordinat GPS: 1.625469, 103.788432

Peta Lokasi dari Google Map:-





Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di dalam iklan di atas, atau boleh menghubungi nombor berikut:-

012-752 1478

Marilah kita bersama-sama meramaikan majlis ini terutama sekali warga Johor. 


Jumpa anda di sana! :)







....

20 May 2012

Sedutan Majlis Maulidur Rasul S.A.W di Surau Saujana Impian, Kajang

Alhamdulillah,

Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1433H, yang bertemakan "Mahabbah Rasulullah Penyatu Ummah" bertempat di Surau Saujana Impian, Kajang telah berjalan dengan lancarnya.

Tahniah kepada pihak penganjur bersama Pihak Yayasan Jenderami yang telah menjayakan majlis penuh barakah ini. Semoga majlis-majlis seperti ini makmur dan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.




Barakallahu fi kum.

19 May 2012

Majlis Ta'lim 18 Mei 2012

Assalamualaikum

Bahagian 1

Bahagian 2

Sesi Soal Jawab



Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-


  1. Tafsir AlQuran- Ayat 250 - 252
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
    Hadis ke 376 - 377 - Keutamaan mencintai kerana Allah dan menganjurkan sikap sedemikian, juga memberitahukannya seseorang kepada orang yang dicintainya bahawa ia mencintainya dan apa yang diucapkan oleh orang yang diberitahu sedemikian itu.
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - muka surat 65 - 67 
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad- Muka surat 88 - 89


Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini telah dihadiri oleh seorang lagi tetamu yang istimewa. Beliau adalah Habib Muhammad bin Soleh Al Attas

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, dalam ucapan alu-aluannya telah memperkenalkan secara ringkas tentang Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas. Beliau adalah pemimpin dari Sebuah Sekolah di Huraidhah, Hadramaut, Yaman. Ramai daripada pelajar-pelajarnya, daripada Malaysia, Indonesia serta pelbagai negara yang berdekatan dengan bandar Huraidhah. Beliau juga adalah antara individu yang berhubung rapat dengan Habib Umar Bin Hafidz

Dalam tausiyah ringkasnya, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas, telah menerangkan antara kepentingan ilmu, kemuliaan Majlis-majlis ilmu serta pesanan-pesanan yang menyentuh jiwa jemaah lantas memberikan motivasi kepada kita semua untuk terus beribadat demi Allah S.W.T. Dengarkan segala pesanan beliau di dalam rakaman Majlis Ta'lim di atas di Bahagian 2, minit ke 13.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersama Tetamu Istimewa, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas


Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dihadiri oleh semua Lapisan Masyarakat

Terima Kasih diucapkan kepada yang telah hadir dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Segala usaha anda dalam membantu kami memakmurkan lagi Majlis Ilmu ini amat kami hargai. 

Untuk makluman semua, Majlis Ta'lim Darul Murtadza terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tak kira umur, bangsa, agama. Ya, untuk yang "non-muslim" juga. Marilah kita sama-sama mengajak semua kenalan, jiran serta keluarga untuk menghadiri Majlis Ilmu yang penuh barakah ini. 

Kongsikan maklumat tentang Majlis Ilmu di Facebook, Twitter, Blog serta semua medium. "Small Deeds" atau usaha-usaha yang kecil ini akan diganjarkan olehNya, insyaAllah.

Sesi Bersalaman antara jemaah serta para Habaaib selepas selesai Majlis Ta'lim

Antara yang hadir, menikmati Jamuan Ringan selepas Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat hadapan.

Jumpa disana! :)





...

18 May 2012

Sambutan Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:

Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin. 

Keistimewaan Bulan Rejab 


Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta'ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan "Rajab Mudhar" ( رجب مضر), untuk membezakan dari "Rajab Rabi’ah" ( رجب ربيعة), Rasulullah menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

  التوبة: ٣٦


        Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu.  (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu 'Abbas mengomentari ayat di atas: 
“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”. 

Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata: 
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata:  terkadang Rasulullah berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).
   

Amalan di dalam bulan Rejab


Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah :
أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
 فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
 وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
 (الديلمى)
"Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab." (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah: 

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah : “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:


Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya. 

Amin.  






...

Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul S.A.W. Sempena peristiwa Isra' Wal Mi'raj, di Putra Heights



 Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Maulidur Rasul S.A.W. Sempena peristiwa Isra' Wal Mi'raj, di Putra Heights. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: Selepas Waktu Maghrib
Tempat: Surau Al Mutawakkil Billah, Jalan Putra Indah 9/1E, Seksyen 9 Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

Mari kita meramaikan Surau Al Mutawakkil Billah, dengan menjemput kenalan, serta keluarga kita. Majlis ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Jumpa anda di sana! :)









...